Thursday, April 12 | 8:57 AM |
PAST ♠ FUTURE
Assalamualaikum!
hye ape khabar? hope korang good-good lah yer..
aku ni bangun pepagi ni, lepas solat terus mengonlinekan diri..
sangat tak de kerja... pe kata kalau jogging ke ape ke like my mom,
keliling pasaraya mydin tu tiap pagi..
badan ibarat tong dram sudaa.. syyhh!
Tsunami
amaran tsunami dikeluarkan semalam..
tapi serius aku cakap, kat kelantan pun terasa tapi tak kuat sangat..
rasa macam pening-pening gitu.. tapi tak dapat nak
dipastikanlah kesahihan tu.. tapi tak mustahil lah kan...
aku takut sangat... kalau bunyi bom kat golok tu tak de lah aku
takut sangat, sebab dah selalu.. ni gempa, kecut perut aku..
semoga tuhan melindungi kita semua, amin!
Minho aku dah mati
isnin lepas kitaorang pergi beli rabbit, konon-kononnya nak
ada pet's lah kan, kitaorang beli dua ekor, sangat comel dan cute..
kawai-kawai lah konon! bunny tu diberi nama minho dan kim na na.
lawak kan.. huahaha! tapi sayangnya baru jaga 3 hari ,si minho tu dah mati semalam..
pagi semalam minho nampak monyok jer, rupanya minho cirit-birit..
adoiii, geli aku.. pastu cik der beli baju tuk minho and na na, comel beb!
sempatlah minho pakai baju tu, tak kempunan jugak lah.. tapi kesiannya si na na
tu tinggal sesorang, dun worry, nanti mama ain beli laki kat na na yep!
i know how to drive
i dah pandai bawak kereta.. wah bangga rasanya..
kena upgrade latihan nii, habis petrol kereta my mom kalau tiap-tiap hari asyik dok
keliling rumah nenek aku.. tapi syokk! baru-baru ni memang lah tak boleh nampak
kereta tu menyepikan diri, terus rembat.. tak kira matahari kat atas kepala pon..
bila dah pandai tengok kereta pun nak muntah.. amboi!
that's right minari ^^